...rentetan dari Ujong Madini...



Thursday, July 27, 2006
Laporan Amaran Berjaga-jaga

27/07/2006.

 

Laporan amaran berwaspada seperti contoh yang disiarkan di dalam entri sebelum ini adalah perkara rutin di dalam industri maritim. Ada banyak pihak lain selain daripada Liberian Registry yang mengeluarkan laporan di atas. Saya memilih contoh laporan ini untuk disiarkan di dalam blog ini kerana begitu dekat dengan isu semasa yang sedang berlaku di Asia Barat kini.

 

Krisis Asia Barat yang berlaku sekarang iaitu pengeboman besar-besaran dan pembantaian habis-habisan ke atas Lubnan dan Semenanjung Gaza mungkin bermula dari iltizam pucuk pimpinan Israel untuk meluaskan wilayah kekuasaan di dalam gagasan Israel Raya seperti yang dilukiskan di dalam peta yang digantung di Knesset Israel.

 

Di sebelah utara, bermula dengan pembunuhan Rafik Hariri, tokoh Lubnan yang berhasil membawa kestabilan dan keamanan negaranya, diikuti pengunduran tentera Syria dari bumi Lubnan, rentetan peristiwa berdarah terus berantai sehingga kepada peristiwa pengeboman selatan Lubnan yang Israel dakwa dicetuskan oleh Hizbullah yang menculik 2 orang askar mereka. Lapangan terbang, pelabuhan, kemudahan awam, dibom bertalu-talu hingga ranap. Tempat ibadat dan kediaman penduduk turut dibedil tanpa apa-apa justifikasi. Penduduk diberi amaran oleh tentera Israel melalui siaran radio dan rangkaian telefon bahawa mereka ada masa setengah jam untuk meninggalkan rumah sebelum rumah mereka dibedil. Tidak lama selepas itu, rumah mereka dibom dan mereka maut atau cedera parah dibom peluru-peluru negara penjarah tersebut.

 

Manusia biadap jenis apakah ini yang suka-suka memberitahu rakyat negara lain supaya keluar dari rumah dan meninggalkan kawasan kediaman beramai-ramai supaya mereka tidak terbunuh atau cedera, yang membolehkan tanah air tempat kelahiran mereka boleh dibom atau dibedil sesuka hati? Jika keadaan ini berlaku di tempat kita, apakah kita akan turut kemahuan manusia biadap itu?

 

Kata Israel, mereka ingin menghapuskan Hizbullah kerana Hizbullah adalah pertubuhan pengganas yang mengancam keselamatan negara mereka. Hakikatnya, mereka inginkan tanah selatan Lubnan supaya mereka boleh menempatkan rakyat mereka di situ dan menegakkan kekuasaan undang-undang negara mereka serta memaktubkan wilayah selatan Lubnan sebagai wilayah Israel.

 

Hizbullah wujud kerana sebahagian rakyat Lubnan percaya bahawa mereka perlu mempertahankan kedaulatan negara mereka di dalam perjuangan bersenjata melalui organisasi tersusun di bawah kepimpinan yang padu. Oleh itu, Hizbullah telah dipandang sebagai pertubuhan pengganas kerana menghalang Israel untuk mewujudkan gagasan Israel Raya. Perjuangan rakyat Lubnan mempertahankan tanah air tidak akan melibatkan Hizbullah sahaja, malah akan melibatkan seluruh warga Lubnan yang baru pulih daripada parut-parut luka bekas perang saudara yang memakan masa puluhan tahun dan baru mengecap angin keamanan awal dekad ini.

 

Di sebelah selatan, bermula dengan pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin, ketua Hamas dan kematian Yasser Arafat, Presiden Palestin, diikuti dengan perlantikan Mahmoud Abas sebagai Presiden Palestin, kemenangan Hamas di dalam pilihanraya bebas Palestin yang berhak membentuk kerajaan, dan keengganan Israel memulangkan duit cukai rakyat Palestin kepada kerajaan baru yang dibentuk, rentetan peristiwa berdarah juga terus berantai sehingga kepada pembunuhan orang awam yang berkelah di pantai Semenanjung Gaza yang dilakukan oleh tentera laut Israel. Darah geruh pemuda-pemuda Palestin terus bergelegak. Hamas, Jihad Islam, Briged Al-Aqsa, Fatah, bersatu di sebalik topeng kufiyeh, menyerang kedudukan tentera Israel yang mengepung wilayah-wilayah Palestin.

 

Tentera Israel pula terus membedil bertubi-tubi sasaran-sasaran di bumi Palestin untuk mengajar rakyat Palestin supaya jangan mengangkat kepala mempertahankan hak mereka di dalam tanah air sendiri. Ismail Haniyeh yang mengetuai kerajaan baru Palestin dipandang seperti pariah. Di dalam kunjungannya ke Palestin baru-baru ini selepas bertemu pucuk pimpinan Lubnan, Condolezza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, tidak sudi bertemu dengan Ismail Haniyeh kerana menganggap beliau sebagai ketua pertubuhan pengganas. Mahmoud Abas dianggap sebagai boneka yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk kebaikan rakyatnya sendiri.

 

Pembunuhan demi pembunuhan di dalam wilayah Palestin dan di dalam wilayah yang diduduki Israel melibatkan kematian insan-insan tidak berdosa terus berlaku.

 

Orang-orang yang ditindas di Lubnan dan Palestin ialah saudara-saudara saya. Golongan yang menindas mereka yang bersikap kejam ialah musuh-musuh saya. Saya tidak mampu memberi apa-apa bantuan material, kebendaan, persenjataan atau tenaga tulang empat kerat kepada saudara-saudara saya yang menjadi mangsa kezaliman golongan yang melampaui batas. Saya hanya mampu memberi sokongan moral dan memanjatkan doa kepada Allah supaya memelihara mereka dengan sebaik-baik pemeliharaan. Malah saya telah melazimkan mendirikan solat hajat mendoakan kesejahteraan buat mereka yang masih hidup dan sedang gigih berjuang, serta membuat solat jenazah ghaib untuk arwah-arwah yang saya tidak pernah kenal mereka semasa mereka hidup.

 

Perjuangan berdarah di bumi para Nabi dan Rasul itu memberi inspirasi kepada saya untuk berwaspada meneliti ancaman-ancaman yang dibawakan oleh golongan yang memusuhi kestabilan, keamanan dan keberkatan hidup yang dianugerahkan Allah kepada tanah air saya yang tercinta ini.

 

Tiada sekian.

 


Posted at 03:59 pm by mohdhamin1973

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


mohdhamin1973
PERIBADI
Nama: Mohd Hamin bin Mastor
Nama Tinta: Mohamas
Pekerjaan: Pembantu Operasi
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Norzitah binti Abu Khair
Tarikh Nikah: 19 Ogos 2004

YANG MENARIK HATI

Penulis:
Dalam Malaysia - Arenawati, Abdullah Hussein, Shahnon Ahmad, Shaari Isa, Othman Puteh, Rahmat Haron, Zaharah Nawawi, Ahmad Patria Abdullah, Hiziari Othman, Faisal Tehrani, Nisah Haron.
Luar Malaysia - Pramoedya Ananta Toer, Robert Ludlum, Frederick Forsythe, Tom Clancy, Mario Puzo, Timothy Zahn, JRR Tolkien.

Filem lakonan: Arnold Schwarzenegger, Sylvester Stallone, Jet Li, Steven Seagal, Keanu Reeves, Orlando Bloom, Heath Ledger

Filem:
Hexalogi Star Wars
Hexalogi Once Upon A Time In China
Pentalogi Planets of the Apes
Quadrilogi Alien
Trilogi Lord of the Rings
Trilogi The Matrix
Trilogi Jurassic Park
Trilogi Die Hard
Trilogi Rambo
Trilogi Terminator
Trilogi Predator
Dwilogi Conan
Quadrilogi filem watak Jack Ryan dari novel Tom Clancy (The Hunt for Red October, The Patriot Games, Clear & Present Danger, The Sums of All Fears)
Trilogi filem watak Jason Bourne dari novel Robert Ludlum (The Bourne Identity, The Bourne Supremacy dan akan datang The Bourne Ultimatum)
Filem-filem epik perang seperti Lion of the Desert, Lawrence of Arabia, El Cid, Braveheart, The Last of The Mohicans, The Gods and The Generals, 13th Warrior, The Gladiator, The Patriots, Troy, The Alamo, Kingdom of Heaven
Filem-filem sains fiksyen robotik seperti A.I., The Bicentennial Man, I Robot

Filem Animasi: Ghost in the Shell, Ghost in the Shell: Innocence, Armitage Poly Matrix, Armitage Dual Matrix, Gundress, Appleseed, Akira, Escaflowne, Sin, The Wonderful Days

Siri Animasi: Mazinger, Captain Future, Tosho Daimos, Blue Noah: Thundersub, Transformers berbagai versi - paling best versi Beast Wars, Kamen Riders berbagai versi - paling best versi Kamen Rider Black dan Kamen Rider Black RX

Buku yang ingin dimiliki, dibaca dan dikaji: Rihlah Ibnu Battutah terjemahan Bahasa Malaysia terbitan IKIM

Rujukan Pedoman Hidup: Al-Quran Al-Karim dan Kitab Hadis Sahih Bukhari-Muslim


<< July 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

RENTETAN DARI UJONG MADINI
Ini ialah weblog yang mengongsikan pengalaman dan mengutarakan pandangan hidup seorang saya setelah 3 dekad menjadi insan alam dunia.
Antologi Cerpen yang sedang dikumpul:
"Pada Suatu Ketika di Ujong Madini"
http://pskdum.blogspot.com/

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed