|
27/07/2006.
Laporan amaran berwaspada seperti contoh yang disiarkan di dalam entri sebelum ini adalah perkara rutin di dalam industri maritim. Krisis Asia Barat yang berlaku sekarang iaitu pengeboman besar-besaran dan pembantaian habis-habisan ke atas Lubnan dan Semenanjung Gaza mungkin bermula dari iltizam pucuk pimpinan Israel untuk meluaskan wilayah kekuasaan di dalam gagasan Israel Raya seperti yang dilukiskan di dalam peta yang digantung di Knesset Israel. Di sebelah utara, bermula dengan pembunuhan Rafik Hariri, tokoh Lubnan yang berhasil membawa kestabilan dan keamanan negaranya, diikuti pengunduran tentera Syria dari bumi Lubnan, rentetan peristiwa berdarah terus berantai sehingga kepada peristiwa pengeboman selatan Lubnan yang Israel dakwa dicetuskan oleh Hizbullah yang menculik 2 orang askar mereka. Lapangan terbang, pelabuhan, kemudahan awam, dibom bertalu-talu hingga ranap. Tempat ibadat dan kediaman penduduk turut dibedil tanpa apa-apa justifikasi. Penduduk diberi amaran oleh tentera Manusia biadap jenis apakah ini yang suka-suka memberitahu rakyat negara lain supaya keluar dari rumah dan meninggalkan kawasan kediaman beramai-ramai supaya mereka tidak terbunuh atau cedera, yang membolehkan tanah air tempat kelahiran mereka boleh dibom atau dibedil sesuka hati? Jika keadaan ini berlaku di tempat kita, apakah kita akan turut kemahuan manusia biadap itu? Kata Hizbullah wujud kerana sebahagian rakyat Lubnan percaya bahawa mereka perlu mempertahankan kedaulatan negara mereka di dalam perjuangan bersenjata melalui organisasi tersusun di bawah kepimpinan yang padu. Oleh itu, Hizbullah telah dipandang sebagai pertubuhan pengganas kerana menghalang Di sebelah selatan, bermula dengan pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin, ketua Hamas dan kematian Yasser Arafat, Presiden Palestin, diikuti dengan perlantikan Mahmoud Abas sebagai Presiden Palestin, kemenangan Hamas di dalam pilihanraya bebas Palestin yang berhak membentuk kerajaan, dan keengganan Israel memulangkan duit cukai rakyat Palestin kepada kerajaan baru yang dibentuk, rentetan peristiwa berdarah juga terus berantai sehingga kepada pembunuhan orang awam yang berkelah di pantai Semenanjung Gaza yang dilakukan oleh tentera laut Israel. Darah geruh pemuda-pemuda Palestin terus bergelegak. Hamas, Jihad Islam, Briged Al-Aqsa, Fatah, bersatu di sebalik topeng kufiyeh, menyerang kedudukan tentera Israel yang mengepung wilayah-wilayah Palestin. Tentera Pembunuhan demi pembunuhan di dalam wilayah Palestin dan di dalam wilayah yang diduduki Orang-orang yang ditindas di Lubnan dan Palestin ialah saudara-saudara saya. Golongan yang menindas mereka yang bersikap kejam ialah musuh-musuh saya. Saya tidak mampu memberi apa-apa bantuan material, kebendaan, persenjataan atau tenaga tulang empat kerat kepada saudara-saudara saya yang menjadi mangsa kezaliman golongan yang melampaui batas. Saya hanya mampu memberi sokongan moral dan memanjatkan doa kepada Allah supaya memelihara mereka dengan sebaik-baik pemeliharaan. Malah saya telah melazimkan mendirikan solat hajat mendoakan kesejahteraan buat mereka yang masih hidup dan sedang gigih berjuang, serta membuat solat jenazah ghaib untuk arwah-arwah yang saya tidak pernah kenal mereka semasa mereka hidup. Perjuangan berdarah di bumi para Nabi dan Rasul itu memberi inspirasi kepada saya untuk berwaspada meneliti ancaman-ancaman yang dibawakan oleh golongan yang memusuhi kestabilan, keamanan dan keberkatan hidup yang dianugerahkan Allah kepada tanah air saya yang tercinta ini. Tiada sekian. |
| Leave a Comment: |